Thursday, February 20, 2014

Aaaa cerita sikit la pasal kepentingan ada insurans Takaful

Salam sejahtera semua tuan punya lori sewa dan kepada semua pelanggan yang berada di mana sahaja.  Dalam blog lori sewa ni aku tak nak le skema sangat, jadi bahasa aku mungkin kasar sikit, atau lembut sangat, yang penting korang semua tak segan-segan semasa berada di blog ni.

Dan taklah segan sangat kalau nak sewa lori yang canteeek tu...  korang boleh call aje abang Rahim yang hensem tu, baik orangnya, friendly... dijamin oleh Lever Brothers!  hah teringat aku iklan ni kat radio masa aku kecik-kecik dulu.

Nak cerita kisah semalam, ke SI... ah tentu korang tertanya-tanya SI tu apa ye?  kalau masa aku kerja di tempat lama dulau bila cakap SI je, maksudnya Standing Instruction atau Arahan tetap, tapi maksud dalam blog ni, Seri Iskandar.

Bukan apa hantar Policy kat client.... chewwah.... kat tempat kerja lama sebut "customer" tapi dalam bisnes yang baru ni sebut "client" standard lah sikit.

Kat Seri Iskandar sekarang ni tengah membangun giler!!!... kalau sesiapa ada duit boleh beli tapak rumah kat sana.  Harga berpatutan buat masa sekarang.... itu kata client aku lah.

And akalau nak pindah ke sana jangan malu dan segan call Abang Rahim ye... 019-5136795

Pusing ke Ipoh, singgah kat used car.... kawan aku sorang ni dari dulu nak beli kereta.... tapi tak jadi-jadi.  Ada-ada saja yang tak kena... semalam dia usha Honda Civic.  Nak buat racing kot...  Kalau Honda Civic nak buat sewa tak sesuai sangatlah kan...

Cantik kan?... ini yang Honda Civic Hybrid Type, kereta yang teramat jimat minyak sebab boleh tukar-tukar dengan kuasa bateri.  Dunia dah berubah, kalau dulu orang tak percaya kereta boleh berjalan dengan kuasa bateri tapi sekarang dah banyak di atas jalanraya Malaysia.

Aku nak tunggu kereta guna kuasa solar pulak, baru nak beli....

Aaaa cerita sikit la pasal kepentingan ada insurans Takaful ni, lahir ke dunia, hidup sihat, sakit dan kemudian mati... adalah "kemestian".  

Dan sepanjang kehidupan rata-rata umat manusia akan sakit tak boleh elak, betul tak? Tapi yang jadi persoalannya ialah kos perubatan yang sentiasa meningkat!

Sekali rawatan perlukan dua tiga puluh ribu, kalau pasal sakit jantung boleh cecah RM60,000 lebih pun mungkin.  Adakah simpanan kita sebanyak itu untuk kos rawatan di saat kita sangat-sangat memerlukan?

Kalau pun ada simpanan sebanyak itu, sanggupkah kita leburkan (LEBUR ye bukan LABUR) jumlah sebanyak itu untuk mendapat rawatan terbaik, tercepat, terpakar dan macam-macam ter lagi.  Kalau dah sakit nak tunggu seminit pun tak larat....

So aku nak memperkenalkan...
klik gambar untuk lebih jelas

tak jelaskan?   tak pe just call nombor handphone kat flyer tu...










No comments :

Post a Comment