Tuesday, March 11, 2014

Blog Lori Sewa Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tragedi MH370

Blog Lori Sewa hari ni nak sembang sikitlah pasal tragedi sedih yang menimpa syarikat perkhidmatan pengangkutan udara negara kita MAS.  Takziah diucapkan kepada kelauarga yang terlibat dan harap bersabar dengan musibah yang berlaku.

Macam-macamlah pandangan dan pendapat orang tentang misteri kehilangan MH370 yang dikatakan sangat canggih tetapi secanggih mana pun masih ada kekurangannya.

Setiap hari bukak channel mana pun mesti ada cerita dan berita pasal MH370, setiap orang ingin tahu apa kesudahannya, di mana kapalterbang tu landing, dalam lautkah atau di pergunungankah?

Kalau ikutkan rasa hati memanag tak sabar nak tahu... semua orang macam tu, lebih-lebih lagi para keluarga yang terlibat.

Kalau setakat kemalangan sebuah Lori Sewa taklah menjadi isu sangat, tapi kalau sebuah kapalterbang dengan lebih dari dua ratus penumpang, dari berlainan negara pulak tu... memang isu besar.

Blog Lori Sewa nak mengingatkan diri sendiri, walu apapun terjadi kita harus bersabar, bersabar dan terus bersabar.

Macam-macamlah manusia ni... dalam keadaan kelam kabut orang cari jawapan, ramai yang cari kesempatan cari publisiti. Samapai ada yang bawa bubu dan teropong buluh untuk cari dengan cara mistik, yang peliknya tu ada pulak yang "teruja" dengan teknik ini.

Tapi kita dengar apakata Kapten Nordin ni, pakar penerbangan, orang yang pertama membawa balik pesawat 777 ke Malaysia pada tahun 2002.

Video dia kat sini ha...http://kelipkelip.com

No comments :

Post a Comment