Wednesday, March 12, 2014

Doa Naik Kenderaan Sebelum Memandu Lori Sewa

Salamsejahtera,  apa khabar pemandu-pemandu lori sewa sekelian?  Tentunya berasa letih dan penat setelah menyelesaikan tugas menghantar barangan ke destinasi yang dikehendaki oleh pelanggan.

Tapi di waktu-waktu begini tenunya juga masih ramai pemandu lori yang memberikan perkhidmatan pengangkutan yang sangat penting masih berada di jalanraya serata pelusuk tanah air.

Kali ini Blog Lori Sewa nak beri sedikit info tentang sesuatu yang penting juga sebelum kita memulakan perjalanan iaitu doa naik kenderaan.  Harap dapatlah diamalkan setiak kali nak memandu.  Doanya pendek dan mudah saja seperti di bawah:


Subhanallazi sakhorolana ha zha wama kunna lahu mukriniin. Wainna ila rabbina lamungkolibuun 

Maksudnya: Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali 

Satu lagi doa yang diajarkan oleh ustaz-ustaz sebelum kita memulakan perjalanan, untuk mengelakkan kemalangan ialah:


Kalau mengikut Dato Harun Din ayat ini dinamakan ayat penggerak.  bacalah sebanyak 7 kali sebelum memulakan perjalanan, jika terganggu seperti isteri atau anak panggil, selesaikan masalah mereka dahulu kemudian ulang kembali membaca sebanyak 7 kali dengan tiada gangguan, barulah memulakan perjalan.

Tapi sebelum itu periksa dulu lori sewa anda supaya berada dalam keadaan baik dan selamat.

Insyallah, perjalan kita akan selamat.


No comments :

Post a Comment