Saturday, March 15, 2014

Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa

Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa

Selamat datang ke blog lori sewa, kami menawarkan perkhidmatan pengangkutan jenis lori sewa untuk sebarang urusan seperti pindah rumah, pindah pejabat atau berpindah premis perniagaan.

Jika anda seorang peniaga ikan dan ingin menggangkut ikan-ikan ke destinasai di Semenanjung Malaysia secara berkala anda boleh hubungi pihak Lori Sewa  untuk perbincangan sebut harga dan sebaginya.

Nak cerita sikit, kelmarin dalam perjalanan pulang dari Sungai Siput, masuk ke highway melalui Cemur dan sampai di laluan keluar Tanjung Rambutan tetiba berdentum tayar kereta (masa tu bawa kereta) terlanggar sesuatu di laluan sebelah kiri.

Yang nampak hanya objek berwarna putih sepanjang 2 - 3 kaki dan tetiba kereta terasa senget, dalam hati kata "sah tayar pancit".  Terus berhentikan kereta di hadapan 3 buah kereta lain yang berkelip-kelip lampu emergencynya.

Mereka juga mengalami musibah yang sama, tayar pancit disebabkan objek kerras berwarna putih tu... banyak kereta yang terlanggar objek tu kerana suasana gelap dekat area tu.

Panic jugak seketika bila jack tak boleh digunakan kerana tak lengkap dengan pemutarnya dan tak ada spanar pembuka tayar (hilang entah di mana?).

Alhamdulillah setelah menunggu agak lama dapat bantuan seorang mangsa yang kebetulan adiknya datang dengan towing car dan ada kelengkapan yang lengkap.

Terima kasih kepada yang tolong saya buka tayar yang pancit dan memasang tayar spare.  Alhamdulillah

Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa

Iktibar:

Berhati-hati memandu pada sebarang masa terutama di waktu malam dan di laluan gelap, perlahankan sedikit kelajuan.

Bawa kelengkapan yang lengkap terutama kelengkapan membuka tayar, pastikan sentiasa ada dan boleh digunakan.

Jangan panic bila menghadapi musibah di jalan raya, sebab panic dan kelam kabut tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

Bertenang dan berdoa kepada Allah minta dimudahkan segala urusan sambil minta bantuan dari orang lain jika tidak ada keupayaan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Baca doa naik kenderaan dan doa mohon selamat dalam perjalanan. (Masa tu terlupa baca kerana nak cepat)

Selamat memandu dengan selamat... Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa jika ingin kan perkhidmatan, jangan segan-segan call....





No comments :

Post a Comment