Wednesday, March 19, 2014

Lori Sewa - Malang Tak Berbau, Ingat Nak Jimat...

Tempoh hari Lori Sewa hadir kursus wajib jadi seorang Agen CIA....  ah tak delah... Tiga hari di HM Hotel Sungai Siput.  Boleh nginap di sana tapi rasa-rasa nak jimat tu yang berulang tu. Dengan kereta Kelisa tentu tak banyak kos minyak untuk tempoh 3 hari berbanding dengan kos sewa hotel.

Hari pertama okey lah... tak ada masalah. Happy je drive walaupun hampir jam 12 malam sampai di rumah. 

Malang tak berbau.. bak kata pepatah Melayu.  Tengah relax drive pada hari kedua kat highway berhampiran susur keluar Tanjung Rambutan. Berdentum!!! tayar kereta terlanggar sesuatu warna putih yang tak pasti simin ke apa ke?

Sekelip mata kereta rasa senget ke kiri terus saja berhenti dan tengok tayar depan dah pancit.  Tempat gelap... cuba cari jack dan spanar tapi....Tak lengkap! Mujurlah ada insan yang sudi nak bantu...

Bukan seorang yang terlanggar objek tu, hampir 10 buah kereta berhenti.  Yang bernasib naik tak teruskan perjalanan semula.  Yang pancit terpaksalah berpeluh menukar tayar...


Kalau macam ni boleh baiki tak agak-agak? Tulah nak ingatkan kawan-kawan sila pastikan kelengkapan yang sepatutnya sebelum memulakan perjalanan.  Kemalangan tak berbau.

1 comment :

  1. macam langgar besi tajam jugak, tayar dan rim macam nak kena tukar.

    ReplyDelete