Wednesday, March 12, 2014

Perkhidmatan Sewa Lori Dalam Kekalutan MH370

Assalamualaikum, negara masih diselubungi dengan kesedihan dengan tragedi MH370, di sana sini rakyat Malaysia meluahkan rasa simpati dengan bermacam-macam cara.

Ada yang mengumpulkan tandatangan, ada yang mencipta lagu tak kurang yang berdoa dan mendirikan solat hajat.

Itulah langkah terbaik, berserah diri kepada Allah yang Maha mencipta.  Kembali menyerahkan kepada Allah... menginsafi kesalahan dan kesilapan diri, bertaubat dan bertaubat dan merayu kepadaNya agar dikembalikan MH370 kepada kita.

Semua itu adalah pinjam-pinjaman, apa juga yang kita miliki adalah pinjaman dari Ilahi, samada Lori Sewa, Kereta Sewa atau Kapalterbang sekali pun, pada hakikatnya adalah milik Allah.

Pada keluarga yang terlibat, janganlah hendaknya terlalu bersedih banyakkan beristikhfar dan berdoa. Bagi yang sukakan gamaour, jangan pulak terlalu kurang ajar dengan mereka-reka Tweet dan Whatsapp PALSU yang pasti akan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Dalam kekalutan wartawan nak tahukan berita terkini, harapnya kita teruskan tugas harian kita.  Jangan le pulak ada yang berkabung tak mahu sewakan lori-lori mereka.  Jika anda berhenti dari memberikan perkhidmatan sewa lori tu, pastilah pula akan menimbulkan masalah lain.

Berilah perkhidmatan yang terbaik supaya pelanggan berpuas hati yang memungkinkan mereka mendapatkan semula perkhidmatan dari anda berulang kali.

Dalam keadaan yang begini, mungkin ada pemandu-pemandu lori yang terlihat atau terdengar bunyi kapalterbang yang terbang rendah melintasi anda.  Sampaikan maklumat itu kepada pihak berkuasa kerana mungkin dengan maklumat anda MH370 dapat ditemui.





No comments :

Post a Comment