Sunday, March 16, 2014

Sewa Lori Tak Sama Dengan Sewa Kereta

Sewa Lori Tak Sama Dengan Sewa Kereta

Salam sejahtera, ada orang call tanya nak sewa lori hantar barang ke Perlis.  Bila disebutkan harga sewa yang kami kenakan dia terdiam. Bila ditanya berapa harga yang dia nak, katanya RM150.00.

Adush... kalau untuk pengangkutan dalam kawasan boleh juga dipertimbangkan.  Tapi kalau perjalanan yang sejauh 300 hingga 400 km susah nak dipenuhi permintaan tu.

Dalam keadaan sekarang harga minyak disel hampir sama dengan harga petrol RON 95, jadi kos minyak sahaja tak cukup untuk satu perjalan yang sejauh itu.

Belum lagi dikira kos-kos lain seperti tayar, minyak hitam, bateri, kebersihan lori, tol, saman dan banyak lagi...

Kadang-kadang dalam perjalanan berlaku kemalangan yang tak dijangka, dah tentulah kos bertambah kadang-kadang bayaran yang diterima tak dapat nak tampun perbelanjaan tersebut.

Itulah keluhan seorang kawan saya yang memberikan perkhidmatan pengangkutan, sebab katangya dalam fikiran kebanyakan orang sewa lori sama dengan sewa kereta. Tetapi ternyata jauh berbeza

Jika anda nak sewa lori bolehlah call nombor telefon yang tertera di sebelah kanan blog ini.


No comments :

Post a Comment