Tuesday, June 24, 2014

Sewa Lori Murah

Sewa Lori Murah 

Semalam saya berborak dengan seorang rakan yang buat bisens lori sewa.  Dalam laman blognya dia menggunakan tag Lori Sewa Murah. Setelah bersembang panjang saya cuba mengorek-ngorek caj yang dia kenakan pada pelanggan-pelanggannya.

Saya dapati kadar sewa lori yang dikenakan antara yang termurah, setelah membuat beberapa perbandingan.  

Dengan tag Lori Sewa Murah, teman saya mendapat banyak panggilan yang ingin dapatkan perkhidmatan pengangkutan darinya. Yang jadi masalah ialah ramai yang salah faham dengan perkataan "murah".  Mereka menyangkakan murah bermaksud terlalu murah sehingga tak dapat menampung kos minyak pun.

Harga yang diminta tak masuk akal katanya.  Sebagai contoh ada yang mahukan sewa lori dengan harga RM100 sahaja untuk perkhidmatan pengangkutan dalam jarak 400 kilometer. Anda boleh bayangkan??

Cuba anda isi minyak penuh-penuh, setkan meter kepada kosong dan pandu sejauh 400 kilometer, selepas itu isi semula minyak kereta anda sehingga penuh dan lihat berapa kos minyak yang anda perlu bayar?


Anda sendiri tahu jawapannya bukan?

Itulah antara keluhan pemilik-pemilik lori sewa yang saya temui.  Mereka bukan sahaja perlu membayar duit minyak, tol, dan kos maintenance tetapi ada kalanya terpaksa membayar saman trafik yang tak diduga.

Bayangkan begini, anda telah ditukarkan ke suatu bandar yang jauh, tetapi tidak ada seorang pun yang sanggup menyewakan lori mereka kerana anda meminta kadar sewa yang terlalu murah.  Sanggupkan anda berulang alik mengangkut segala barang anda dengan sebuah kereta kecil yang kosnya mungkin mencecah ribuan ringgit tanpa anda sedari?

Pada pandangan saya, kita harus bersyukur kerana masih ada orang yang sanggup memberikan perkhidmatan lori sewa kerana untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan ini bukanlah mudah dan semurah yang anda sangkakan.

Kita hanya perlu call, dan beritahu tarikh, masa, alamat rumah kita dan alamat tempat penghantaran dan bayar....selesai. 

Tetapi penyewa lori terpaksa menghantar barangan anda, mengangkat masuk dan memunggah keluar barangan dari lori mereka, terpaksa memikirkan segala kos perjalanan dan kerosakan dan berbagi-bagai lagi.

Selamat menyewa lori, tapi jangan minta terlalu murah...nanti dapat lori yang macam gambar di atas... hehe.

2 comments :

  1. ha..betul encik..saya sokong. Customer nk murah tak agak2..hehe..contoh pindah rumah walaupun dalam taman jarak 50 meter. Katanya.."ala dekat je pun"

    jawapan saya-Ok mmg dekat, masa menunggu nak punggah barang2 masuk lori dan keluar lori kena ambil kira. Kurang2 2-3jam. HEHE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tambahan kalau punggah barang di apartment atau condo, kena tunggu lama sebab lif digunakan... kekadang sampai jam 2 pagi baru selesai,

      Delete