Sunday, October 12, 2014

Tips Pilih Lori Sewa Terbaik

Tips Pilih Lori Sewa Terbaik - pertama-tama korang tengoklah lori tu, kalau tak dapat tengok lori tengok gambar lori pun jadilah, macam orang bercinta...tak dapat tengok orangnya tengok bumbung rumah pun jadilah...

Biasanya la kan, orang bisnes tak letak gambar yang tipu-tipu, sebab dia nak jaga reputasi bisnes dia. Apa yang dipaparkan itulah yang disediakan,  kalau buruk lorinya buruklah... tapi tak semestinya yang buruk tu tak elok.

Kedua buat panggilan telefon terus kepada penguasa dan berbincang dengannya, tak cukup hanya dengan SMS atau email sahaja kerana dengan perbualan, kita dapat mengetahui dengan lebih tepat lagi tentang kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Jika anda diminta membuat bayaran deposit, sila simpan salinan resit pembayaran dan pastikan dalam keadaan baik sebagai bukti pembayaran jika ada apa-apa masalah yang tidak diingini berlaku di masa hadapan.

Perkhidmatan Penghantaran dan Perkhidmatan Pembungkusan adalah dua servis yang berbeza, walaupun kebiasaanya pihak yang memberi khidmatan lori sewa ada menyediakan servis pembungkusan, tetapi anda akan dikenakan caj yang berbeza.

Jadi untuk menjimatkan kos, lebih elok jika anda buat pembungkusan sendiri, cuma kena asingkan barang yang mudah pecah, berat, ringan dan sebagainya mengikut kategori masing-masing yang sesuai.











  

No comments :

Post a Comment