Tuesday, November 4, 2014

Assalamualaikum, semoga anda semua dalam sihat sejahtera, ceria dan kaya... aminnnn.  Dah lama juga tak mengisi blog lori sewa Teluk Intan oppss.. blog lori sewa kuning ni dengn entri baru.  Bukan malas ke apa, tapi kekangan masa.

Akhir-akhir ni banyak pulak aktiviti menambah ekonomi keluarga yang TERPAKSA dilaksanakan. 

Nak cerita sikit kat korang semua, baru-baru ni teman dipelawa lagi memberikan perkhidmatan pengangkutan, chewah!!... ayat skema nampak!

Yep.. memberikan perkhidmatan pengangkutan sahabat KTM berpindah dari Batu Gajah ke Teluk Intan.  Maknanya lori sewa kuning disewa lagi, cuma destinasinya taklah jauh sangat.

Barulah teman tahu, rupa-rupanya kompleks KTM Batu Gajah merupakan kompleks kaki tangan KTM yang terbesar di Malaysia.  


Rasa macam best jer duduk sini, semuanya teratur dan sistematik.  lebih privasi dan segala harta benda lebih selamat.  Pakcik jaga ada tunggu kat depan pintu pagar...

Itu satu hal, yang bestnya, sifat gotong royong masih kuat di sini, hampir sepuluh orang abang-abang KTM yang gagah perkasa membantu menurunkan barang-barang yang nak di angkut dari tingkat dua.

Tak sampai setengan jam, urusan dah selesai... thank you bang! tapi tak sempat ambil gambar diorang yang peramah ni.

Siap hidangkan bihun dan air oren lagi....

Sesamai di Teluk Intan, tuan rumah siap hidang makanan tengah hari... adoiii...memang bestlah perjalanan kami kali ini!

Cuma nak ingat kepada pengguna jalan raya dari Kampung Gajah ke Batu Gajah, terutama yang tak biasa melalui laluan ni, di sesetngah tempat ada banyak lembu melintas.

Ramai dah yang kena, terutama yang buat perjalanan waktu malam... so berhati-hati ye kawan.


No comments :

Post a Comment