Monday, January 5, 2015

Perkhidmatan Pengangkutan Melalui Kawasan Banjir

Salam sejahtera, anda semua yan g membaca bloh Blog Lori Sewa a.k.a Lori Sewa Kuning. Beberapa hari lepas kami dapat membantu seorang wanita berpindah rumah ke Teluk Intan.

Perjalanan melalui kawasan sawah yang terbentang, cantik sekali.  Kebetulan musim cuti sekolah, dan sawah padi sedang menguning, tunggu untuk dituai.

Dari jauh kami nampak pasangan pengantin sedang posing untuk bergambar dengan pemandangan yang sangat menarik sawah padi yang sayup mata memandang.

Bijak juru gambar memilih lokasi...

Sebelah tengah hari kami melintasi kawsan sawah padi tu, dan sebelah petang sekali lagi kami melintasi kawasan yang sama.

Tapi kali ini agak lain sikit, air banjir mula naik memenuhi parit-parit di sekitar kawasan yang tadinya cantik meguning.

Sebenarnya kawasan ini dah mula dinaiki air awal minggu lepas, tetapi tidak teruk sangat seperti sekarang.

Walaupun kami melintasi kawasan ini pada sebelah malam, te[pi masih jelas kelihatan paras air memenuhi kawasan laman rumah dan sesetengah tempat air mula memasuki dalam rumah.

Rasa hati inigin menolong, tapi kami terpaksa memenuhi tanggungjawab memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan dan memastikannya sampai ke destinasi dengan selamat.

Buat masa ini kami hanya mampu melihat paras air yang semakin menengelami beberapa kawasan yang rendah yang mengikut maklumat berpunca dari ban yang pecah.



Kereta polis dan pasukan penyelamat yang mengawasi kawasan banjir.

No comments :

Post a Comment