Tuesday, March 18, 2014

Lori Sewa - Lenovo A850 Murah Bertaraf Sempurna

Lori sewa nak cerita sikit,semalam beli handphone baru yang besar gedabak. Bukan apa senang nak buat kerja untuk ambil gambar dan sebagainya. Lenovo A850 susah gak nak dapat model ni di Sungai Besar.  kebetulan sampai ke sana.

Punya ciri-ciri menarik, biasalah touch screen dengan screen besar saiz keseluruhan 5.5" dah cuba surf beberapa blog guna lenovo ni, memang best "crystal clear".  Lori sewa tak pandai nak komen guna ayat teknikal, cuma nak bagi tahu smartphone ni ada ciri-ciri yang terdapat dalam handphone yang berharga dua ribu kalau beli had dari Korea tu.

Screen touch yang sensitif, sentuh sikit je dah respond, dan memang laju kerana dilengkapi dengan quard core processor yang memungkinkan multi tasking.

Mempunyai 2 SIMKAD yang menjadi keperluan tambahan kepada handphone zaman yang serba mencabar ini.  Jadi tak ada lagi masalah terputus hubungan kerana boleh guna dua telko company.

Ciri-ciri yang hebat Lenovo A850 ialah sistem GPS yang boleh berfungsi walaupan tanpa internet kerana mempunyai "satellite controlled GPS".

Gambar?  Tak payah nak cerita panjang-panjang tengok saja di bawah

Macam mana?  
Gambar ni di ambil dalam suasana gelap dengan menggunakan flash.



Tiga gambar dalam 3 suasana yang berbeza...

Bateri besar boleh tahan 28 jam untuk perbualan 2G masa bercakap dan 14 jam untuk 3G.  Bolehlah buat survey di kedai yang berhampiran.


Semalam jalan-jalan di pekan dan buat survey harga Lenovo A850 dan lain-lain model, tapi baru tadi semak kat lenovo buy smartphones harganya jauh lebih murah, so jangan susah-susah beli je kat sini, confirm ori!!





2 comments :

  1. Spesifikasi A850 ni berbaloi dengan harganya. 2 sim lagi...

    ReplyDelete
  2. berbaloi, harga murah, tp kualiti mantob

    ReplyDelete