Showing posts with label lori sewa. Show all posts
Showing posts with label lori sewa. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Perkhidmatan Pengangkutan Melalui Kawasan Banjir

Salam sejahtera, anda semua yan g membaca bloh Blog Lori Sewa a.k.a Lori Sewa Kuning. Beberapa hari lepas kami dapat membantu seorang wanita berpindah rumah ke Teluk Intan.

Perjalanan melalui kawasan sawah yang terbentang, cantik sekali.  Kebetulan musim cuti sekolah, dan sawah padi sedang menguning, tunggu untuk dituai.

Dari jauh kami nampak pasangan pengantin sedang posing untuk bergambar dengan pemandangan yang sangat menarik sawah padi yang sayup mata memandang.

Bijak juru gambar memilih lokasi...

Sebelah tengah hari kami melintasi kawsan sawah padi tu, dan sebelah petang sekali lagi kami melintasi kawasan yang sama.

Tapi kali ini agak lain sikit, air banjir mula naik memenuhi parit-parit di sekitar kawasan yang tadinya cantik meguning.

Sebenarnya kawasan ini dah mula dinaiki air awal minggu lepas, tetapi tidak teruk sangat seperti sekarang.

Walaupun kami melintasi kawasan ini pada sebelah malam, te[pi masih jelas kelihatan paras air memenuhi kawasan laman rumah dan sesetengah tempat air mula memasuki dalam rumah.

Rasa hati inigin menolong, tapi kami terpaksa memenuhi tanggungjawab memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan dan memastikannya sampai ke destinasi dengan selamat.

Buat masa ini kami hanya mampu melihat paras air yang semakin menengelami beberapa kawasan yang rendah yang mengikut maklumat berpunca dari ban yang pecah.



Kereta polis dan pasukan penyelamat yang mengawasi kawasan banjir.

Thursday, October 9, 2014

Lori Sewa Kuning Dapat Call Lagi...

Lori Sewa Kuning dapat call lagi kali ini orang nak khidmat pengangkutan lori sewa murah ke Alor Star. (tak semestinya destinasi sebenar k...) 

Betul... jika korang nak senang dapatkan khidmat pengangkutan lori sewa, Google saja perkataan Lori Sewa Kuning.  Insyallah akan jumpa dengan blog lori sewa ni. Than telefon pada contact person yang tertera.  Thats all....

Sebetulnya bukan Lori Sewa Kuning atau Lori Sewa Murah ke apa ke yang dapat call... tapi admin blog ni yang kena pelawa dek tuan punya Lori Sewa Murah tu... nak ke Alor Star katanya.

Teman ikut aje... seronok juga dapat jalan jauh-jauh menumpang Lori Sewa Kuning ni...glamour koooo!!!  Selama ari ni dok memerap di rumah macam katak di bawah tempurung...

Perjalanan kali ini teman lebih bersedia lagi dengan kamera super snap shot!!  haha.. ada ke kemera yang yang macam tu??  Adaaa... macam-macam ada cuma kita yang tak reti nak guna.  betul tak.

Tu pasal ambil gambar tak pernah cantik... tak kena teknik, tak kena gaya.  Kalau pandai, ambil gambar orang tengah bertenggong nak beraxxx pun cantik!

Yang dah beli kamera DSLR harga beribu-ribu tapi dok berhabuk, sekali pun tak pernah snap, sebab tangan keras kaku tak reti satu apa benda pun, ni teman nak bagi tau, eloklah belajar dengan yang pakar.

Tak payah pergi kelas, dia ada buat ebook dan video yang ajar satu persatu cara-cara tangkap gambar yang betul... Tu klik je kat kamera super snap shot warna biru kat atas tu... korang bacalah sendiri.

Oit... ini blog lori sewa ke blog tukang tangkap gambar?? Ah... macam-macam boleh, angkut barang orang pindah dengan lori sewa boleh, tangkap gambar orang kawin dengan kamera DSLR boleh, jual Ice Blended boleh,



Opss.. dah lebih ni, nantikan cerita perjalanan Lori Sewa Kuning ke Alor Star tak lama lagi.  

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan budiman yang dah buat panggilan, yang belum buat panggilan dan yang bercadang buat panggilan.

Sokongan anda sangat kami hargai, harap sebar-sebarkan laman bloglorisewa.blogspot.com ni pada kengkawan. 

"Happy reading" entri Lori Sewa Kuning Dapat Call Lagi.... :-)


Sunday, July 6, 2014

Perkhidmatan Pengangkutan Lori Sewa

Salam sejahtera, Perkhidmatan Lori sewa sangat mencabar terutama dalam bulan puasa.  Tapi kami cuba memenuhi KEPERLUAN yang sangat mendesak dari pelanggan-pelanggan setia.

Perkhidmatan lori sewa yang kami sediakan ialah mengangkut barang-barang untuk pindah rumah, pindah pejabat atau pindah premis perniagaan.

Lori sewa bermuatan 3 tan dan bertutup sepenuhnya, menawarkan harga sewaan yang sangat berpatutan. Pengangkutan barangan terutama dari daerah Teluk Intan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Langkap, Chenderong Balai, Kampung Gajah Tapah, Sitiawan dan sebagainya  ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia.

Okeylah untuk mudahkan anda kami bersedia menerima tempahan sewa lori sebagai berikut:

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Teluk Intan ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Sungai Besar ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Sabak Bernam ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Hutan Melintang ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Bagan Datoh ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Kampung Gajah ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Langkap ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Chenderong Balai ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Tapah ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Kampar ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Bidor ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Sitiawan ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Seri Manjong ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa dari daerah Bota ke mana-mana daerah di Semenanjung Malaysia

Kami juga boleh mengambil barang-barang dari mana-mana daerah di Semenanjung dan dihantar ke daerah-daerah terebut.




Tuesday, June 24, 2014

Sewa Lori Murah

Sewa Lori Murah 

Semalam saya berborak dengan seorang rakan yang buat bisens lori sewa.  Dalam laman blognya dia menggunakan tag Lori Sewa Murah. Setelah bersembang panjang saya cuba mengorek-ngorek caj yang dia kenakan pada pelanggan-pelanggannya.

Saya dapati kadar sewa lori yang dikenakan antara yang termurah, setelah membuat beberapa perbandingan.  

Dengan tag Lori Sewa Murah, teman saya mendapat banyak panggilan yang ingin dapatkan perkhidmatan pengangkutan darinya. Yang jadi masalah ialah ramai yang salah faham dengan perkataan "murah".  Mereka menyangkakan murah bermaksud terlalu murah sehingga tak dapat menampung kos minyak pun.

Harga yang diminta tak masuk akal katanya.  Sebagai contoh ada yang mahukan sewa lori dengan harga RM100 sahaja untuk perkhidmatan pengangkutan dalam jarak 400 kilometer. Anda boleh bayangkan??

Cuba anda isi minyak penuh-penuh, setkan meter kepada kosong dan pandu sejauh 400 kilometer, selepas itu isi semula minyak kereta anda sehingga penuh dan lihat berapa kos minyak yang anda perlu bayar?


Anda sendiri tahu jawapannya bukan?

Itulah antara keluhan pemilik-pemilik lori sewa yang saya temui.  Mereka bukan sahaja perlu membayar duit minyak, tol, dan kos maintenance tetapi ada kalanya terpaksa membayar saman trafik yang tak diduga.

Bayangkan begini, anda telah ditukarkan ke suatu bandar yang jauh, tetapi tidak ada seorang pun yang sanggup menyewakan lori mereka kerana anda meminta kadar sewa yang terlalu murah.  Sanggupkan anda berulang alik mengangkut segala barang anda dengan sebuah kereta kecil yang kosnya mungkin mencecah ribuan ringgit tanpa anda sedari?

Pada pandangan saya, kita harus bersyukur kerana masih ada orang yang sanggup memberikan perkhidmatan lori sewa kerana untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan ini bukanlah mudah dan semurah yang anda sangkakan.

Kita hanya perlu call, dan beritahu tarikh, masa, alamat rumah kita dan alamat tempat penghantaran dan bayar....selesai. 

Tetapi penyewa lori terpaksa menghantar barangan anda, mengangkat masuk dan memunggah keluar barangan dari lori mereka, terpaksa memikirkan segala kos perjalanan dan kerosakan dan berbagi-bagai lagi.

Selamat menyewa lori, tapi jangan minta terlalu murah...nanti dapat lori yang macam gambar di atas... hehe.

Saturday, May 31, 2014

Lori Sewa Murah

Salamsejahtera, Kami mengadakan perkhidmatan Sewa Lori Murah untuk perkhidmatan pengankgutan ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Perkhidmatan Sewa Lori Murah untuk mengangkut pelbagai barangan, samada barangan persendirian untuk berpindah rumah atau barangan untuk perpindahan pejabat atau premis perniagaan.

Perkhidmatan Sewa Lori Murah juga merangkumi pengangkutan barang-barang perniagaan termasuk, penghantaran perabut jati atau perabut-perabut lainnya.

Dalam zaman ekonomi yang agak lembap ini, harga barang yang terlalu tinggi, kos minyak yang mahal, sewa premis perniagaan yang melambung anda pasti ingin menurunkan sedikat kos pengankutan dengan Sewa Lori Yang Murah.  Ini dapat mengurangkan sedikit bebanan pusingan modal perniagaan.

Lori Sewa Murah tidak hanya anda memikirkan berapakah yang ada perlu bayar tetapi juga perlu memastikan lori yang disewa berada dalam keadaan baik supaya barangan yang diangkut tidak tersadai di tepi jalan  berhari-hari yang menyebabkan anda mengalami kerugian yang lebih besar.


Keperluan lain yang perlu anda fikirkan semasa ingin menyewa lori ialah tidak hanya kepada berapa murah yang anda perlu bayar.  Kerana bayaran yang murah biasanya anda akan mendapat perkhidmatan pengangkutan yang kurang berkualiti bersesuaian dengan apa yang anda bayar.

Secara mudahnya begini, anda bayar murah anda akan dapat perkhidmatan sewa lori murah tetapi dengan kualiti perkhidmatan yang rendah.  Anda sanggup bayar mahal pada asasnya anda telah mendapatkan perkhidmatan sewa lori murah tetapi pada tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi.

Sebelum anda membuat apa-apa bayaran seharusnya anda menalifon dulu pemilik lori sewa berkenaan supaya dapat memastikan perkhidmatan sewa lori tersebut benar-benar wujud.  Yang lebih baik ialah anda bertemu sendiri dengan orang yang anda hubungi dan lihat sendiri lori sewa lori sewa yang ingin anda langgani.

Tuesday, April 15, 2014

Perkhidmatan Pengangkutan Pindah Rumah Dan Pejabat

Kepada pelanggan budiman yang kami hargai, kami ingin memaklumkan bermula dari Januari 2014 kami menawarkan perkhidmatan pengangkutan Lori Sewa dengan harga yang berpatutan dan munasabah dengan kadar semasa.

Kami bersedia memberikan perkhidmatan seperti berikut:

Penghantaran barang-barang rumah atau pejabat (pindah)
Pengangkutan barang-barang kilang dan sebagainya.


Perkhidmatan pengangkutan barangan ke semua destinasi Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan lori sewa adalah dari Lori 3 tan yang bertutup penuh

Sila hubungi kami untuk mendapatkan Quotation terbaik dan rundingan perkhidmatan PERCUMA!!


Lori Sewa Murah Pindah Rumah Pindah Pejabat

Selamat bekerja, masihkah belum dapat lori sewa untuk pindah rumah atau pejabat? Nilah nak bagi tau kami menyediakan lori sewa murah untuk pindah rumah atau pejabat.

Tak kira di mana korang berada kami bersedia menghantar atau mengambil barang-barang korang asal saja dalam Semenanjung Malaysia.

Apakah servis yang kami sediakan? Mestilah korang nak tahukan barangan yang macam mana boleh diangkut. Lori Sewa Murah memberikan servis pengangkutan bagi pindah rumah samada local atau outstation.  Pindah bilik atau pejabat tu semua termasuklah tu...

Perkhidmatan Lori Sewa kami juga bersedia menghantar peralatan pelamin, penghantaran katering atau set kayu jati dari pelabuhan ke kedai korang.

Bersedia memberi perkhidmatan berkala untuk mengangkut produk kilang untuk di hantar ke mana sahaja.

Pekerja boleh disediakan mengikut keperluan pelanggan, hubungi 019-5136795












Saturday, April 12, 2014

Kejujuran Amat Penting Dalam Industri Perkhidmatan Pengangkutan

Hai.. selamat datang ke blog lori sewa.  Tempat anda mendapatkan perkhidmatan pengangkutan jika ingin berpindah rumah, kedai atau pejabat.  Tidak terhad pada itu, kami juga menyediakan pengangkutan secara tetap bagi mengangkut barang-barang pernigaaan anda.

Sila hubungi terus person incharge bahagian perkhidmatan pengangkutan En. rahim di nombor  019-5136795. 

Dalam cuaca yang tak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan, anda perlu sebuah kenderaan yang bertutup keseluruhannya untuk mengelakkan barangan berharga rosak akibat cuaca panas dan hujan.

Kami faham kejujuran menjadi pilihan utama selain dari perkhidmatan yang cekap dan sistem pengangkutan yang yang terbaik.

Banyak aduan yang kami terima dari pelanggan yang lepas-lepas tentang tingkah laku pemberi perkhidmatan yang tidak jujur dan yang menukar kenderaan yang lebih kecil, jika ingin kenderaan yang lebih besar perlu membuat bayaran tambahan.

Anda perlu berhati-hati ketika membuat tempahan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan.  Buatlah sedikit kaji selidik tentang syarikat pengangkutan yang akan anda pilih. Supaya tidak tertipu dan anda mengalami kerugian dan menyakitkan hati.

Pemberi perkhidmatan juga banyak mengalami kerugian kerana karenah pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori sewa yang terbaik tetapi dengan harga yang terlalu murah.

Oleh itu kita sama-sama perlu berpegang kepada sifat jujur dan bertimbang rasa dalam berurusan demi untuk kepentingan bersama.








Sunday, March 23, 2014

Lori Sewa : Menjemput VS Mencari Rezeki

Lori Sewa, mencari lori sewa? Yes!! inilah tempatnya, korang boleh kontek nombor di sebelah kanan, buat appointment dulu. kalau ada rezeki, adalah kalau tak ada rezeki, kena cari company lain.  Tak ada rezeki lah namanya tu.

Hakikat rezeki, kita tak tahu di mana dan bila akan tibanya.  Dulu saya pernah kehilangan kunci sewaktu solat Isyak di masjid.  Punyalah pening kepala mencari turun naik masjid sampai tok siak dah padam semua lampu dan pintu masjid pun dah ditutup.

Kunci masih tak jumpa lagi, tak ke pening kepala dibuatnya? Cuba ingatkan kalau-kalau ada terdengar bunyi kunci terjatuh tadi? tak ada.... peningkan?

Siap call orang rumah lagi suruh ambil, sebab motorsikal tak boleh start, tak ada kunci.  Nak sorong pun tak boleh hendle terkunci. "Tak ada rezeki"...kata hati,.. kena balik jalan kaki dan motorsikal tinggal di situ. Esok pagi baru panggil tukang kunci buat kunci baru... "tak ada rezeki..." kata hati...

Tetiba tangan tersentuh gulung kain dekat pusat, terasa benda tajam... terus teringat... "aku letak kunci dalam gulung kain rupanya". Hah selamat...

"Ingatan" juga rupa-rupanyan adalah rezeki... kalau tak ingat, alamat balik jalan kakilah jawabnya, walaupun kunci "duduk diam dekat pusat" tapi kalau tak ingat, takkan jumpa.

Apakah rahsianya saya boleh tersentuh kunci tu?... intighfar.... ya istighfar... dan istighfar, itulah yang saya lakukan. Tak payah cari pun... macam seolah-olah "menjemput kunci tu" sebab tadi saya dah jenuh cari tak jumpa-jumpa.

Tulah macam tajuk di atas menjemput rezeki VS mencari rezeki.  Kalau kita buat apa yang Allah suka, Insyallah tak payah susah-susah rezeki akan datang sendiri. Kalau dengan kudrat tulang empat kerat nak cari rezeki, maka berhempas pulaslah kita, rezeki belum tentu ada.






Saturday, March 22, 2014

Pengalaman Pahit Ditipu Pemilik Lori Sewa

Perkara paling sukar dalam perkhidmatan sewa lori kalau tak berpengalaman ialah menetapkan harga.  Kalau letak terlalu murah al rugilah jawabnya, kalau letak terlalu mahal lagilah rugi juga sebab tak ada orang yang mahu sewa lori tu walau secantik dan secanggih mana pun.

Sebagai pemberi perkhidmatan, semua kos perlu dikira terutamanya kos minyak.  Tetapi ramai yang tak tahu, dalam perniagaan sewa lori ni terlalu banyak kos yang perlu ditanggung.  Sebab tu mereka nak semurah mungkin.

Selain dari kos pada lori, upah pekerja dan upah diri sendiri perlu juga dikira, nak makan nak minum jugak, betul tak? Tambahan kalau mengambil upah mengangkut dari rumah pangsa di tingkat lima.  Biasanya tak ada lift kenalah "merangkak" turun dengan beban yang sangat berat.

Sebagai orang yang memerlukan perkhidmatan pula kenalah berhati-hati, ada juga di kalangan tuan punya lori yang kenakan caj yang bukan-bukan, dan ada juga yang tak menyediakan pekerja, jadi kenalah tuan rumah angkut sendiri barang mereka masuk lori. 

Jadi sebelum membuat tempahan atau membuat bayaran tanya dulu betul-betul yang lebih baik kalau kita dah kenal dengan tuan punya lori. Bukan apa takut juga terjadi macam yang menimpa puan Lynnda ni, last last kena angkut sendiri dengan kereta Myvi dia, duit RM180 dah lesap.

http://roslinda83.blogspot.com

Ini pengalaman pahit yang mungkin membuatkan kak Lynnda serik nak sewa lori dan mungkin akan membuatkan persepsinya kepada semua tuan punya lori sewa berperangai demikian.

So, ada yang respond pada kak Lynnda yang pada pendapat saya dah berpengalaman luas dalam industri sewa lori ni...

Nak terus terang sebut dengan jelas kadar sewa lori 3 tan untuk local area hanya RM250.  So kalau anda salah seorang yang tercari-cari lori untuk disewa hubungi sahaja Abang Rahim 019-5136 795 dan Insyallah Abang Rahim sendiri jawab dan dia sendiri akan buat kerja, bukan 1 Malaysia eeek...











Wednesday, March 19, 2014

Lori Sewa - Malang Tak Berbau, Ingat Nak Jimat...

Tempoh hari Lori Sewa hadir kursus wajib jadi seorang Agen CIA....  ah tak delah... Tiga hari di HM Hotel Sungai Siput.  Boleh nginap di sana tapi rasa-rasa nak jimat tu yang berulang tu. Dengan kereta Kelisa tentu tak banyak kos minyak untuk tempoh 3 hari berbanding dengan kos sewa hotel.

Hari pertama okey lah... tak ada masalah. Happy je drive walaupun hampir jam 12 malam sampai di rumah. 

Malang tak berbau.. bak kata pepatah Melayu.  Tengah relax drive pada hari kedua kat highway berhampiran susur keluar Tanjung Rambutan. Berdentum!!! tayar kereta terlanggar sesuatu warna putih yang tak pasti simin ke apa ke?

Sekelip mata kereta rasa senget ke kiri terus saja berhenti dan tengok tayar depan dah pancit.  Tempat gelap... cuba cari jack dan spanar tapi....Tak lengkap! Mujurlah ada insan yang sudi nak bantu...

Bukan seorang yang terlanggar objek tu, hampir 10 buah kereta berhenti.  Yang bernasib naik tak teruskan perjalanan semula.  Yang pancit terpaksalah berpeluh menukar tayar...


Kalau macam ni boleh baiki tak agak-agak? Tulah nak ingatkan kawan-kawan sila pastikan kelengkapan yang sepatutnya sebelum memulakan perjalanan.  Kemalangan tak berbau.

Tuesday, March 18, 2014

Lori Sewa - Lenovo A850 Murah Bertaraf Sempurna

Lori sewa nak cerita sikit,semalam beli handphone baru yang besar gedabak. Bukan apa senang nak buat kerja untuk ambil gambar dan sebagainya. Lenovo A850 susah gak nak dapat model ni di Sungai Besar.  kebetulan sampai ke sana.

Punya ciri-ciri menarik, biasalah touch screen dengan screen besar saiz keseluruhan 5.5" dah cuba surf beberapa blog guna lenovo ni, memang best "crystal clear".  Lori sewa tak pandai nak komen guna ayat teknikal, cuma nak bagi tahu smartphone ni ada ciri-ciri yang terdapat dalam handphone yang berharga dua ribu kalau beli had dari Korea tu.

Screen touch yang sensitif, sentuh sikit je dah respond, dan memang laju kerana dilengkapi dengan quard core processor yang memungkinkan multi tasking.

Mempunyai 2 SIMKAD yang menjadi keperluan tambahan kepada handphone zaman yang serba mencabar ini.  Jadi tak ada lagi masalah terputus hubungan kerana boleh guna dua telko company.

Ciri-ciri yang hebat Lenovo A850 ialah sistem GPS yang boleh berfungsi walaupan tanpa internet kerana mempunyai "satellite controlled GPS".

Gambar?  Tak payah nak cerita panjang-panjang tengok saja di bawah

Macam mana?  
Gambar ni di ambil dalam suasana gelap dengan menggunakan flash.



Tiga gambar dalam 3 suasana yang berbeza...

Bateri besar boleh tahan 28 jam untuk perbualan 2G masa bercakap dan 14 jam untuk 3G.  Bolehlah buat survey di kedai yang berhampiran.


Semalam jalan-jalan di pekan dan buat survey harga Lenovo A850 dan lain-lain model, tapi baru tadi semak kat lenovo buy smartphones harganya jauh lebih murah, so jangan susah-susah beli je kat sini, confirm ori!!





Saturday, March 15, 2014

Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa

Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa

Selamat datang ke blog lori sewa, kami menawarkan perkhidmatan pengangkutan jenis lori sewa untuk sebarang urusan seperti pindah rumah, pindah pejabat atau berpindah premis perniagaan.

Jika anda seorang peniaga ikan dan ingin menggangkut ikan-ikan ke destinasai di Semenanjung Malaysia secara berkala anda boleh hubungi pihak Lori Sewa  untuk perbincangan sebut harga dan sebaginya.

Nak cerita sikit, kelmarin dalam perjalanan pulang dari Sungai Siput, masuk ke highway melalui Cemur dan sampai di laluan keluar Tanjung Rambutan tetiba berdentum tayar kereta (masa tu bawa kereta) terlanggar sesuatu di laluan sebelah kiri.

Yang nampak hanya objek berwarna putih sepanjang 2 - 3 kaki dan tetiba kereta terasa senget, dalam hati kata "sah tayar pancit".  Terus berhentikan kereta di hadapan 3 buah kereta lain yang berkelip-kelip lampu emergencynya.

Mereka juga mengalami musibah yang sama, tayar pancit disebabkan objek kerras berwarna putih tu... banyak kereta yang terlanggar objek tu kerana suasana gelap dekat area tu.

Panic jugak seketika bila jack tak boleh digunakan kerana tak lengkap dengan pemutarnya dan tak ada spanar pembuka tayar (hilang entah di mana?).

Alhamdulillah setelah menunggu agak lama dapat bantuan seorang mangsa yang kebetulan adiknya datang dengan towing car dan ada kelengkapan yang lengkap.

Terima kasih kepada yang tolong saya buka tayar yang pancit dan memasang tayar spare.  Alhamdulillah

Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa

Iktibar:

Berhati-hati memandu pada sebarang masa terutama di waktu malam dan di laluan gelap, perlahankan sedikit kelajuan.

Bawa kelengkapan yang lengkap terutama kelengkapan membuka tayar, pastikan sentiasa ada dan boleh digunakan.

Jangan panic bila menghadapi musibah di jalan raya, sebab panic dan kelam kabut tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

Bertenang dan berdoa kepada Allah minta dimudahkan segala urusan sambil minta bantuan dari orang lain jika tidak ada keupayaan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Baca doa naik kenderaan dan doa mohon selamat dalam perjalanan. (Masa tu terlupa baca kerana nak cepat)

Selamat memandu dengan selamat... Kami Menawarkan Perkhidmatan Lori Sewa jika ingin kan perkhidmatan, jangan segan-segan call....





Tuesday, March 11, 2014

Blog Lori Sewa Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tragedi MH370

Blog Lori Sewa hari ni nak sembang sikitlah pasal tragedi sedih yang menimpa syarikat perkhidmatan pengangkutan udara negara kita MAS.  Takziah diucapkan kepada kelauarga yang terlibat dan harap bersabar dengan musibah yang berlaku.

Macam-macamlah pandangan dan pendapat orang tentang misteri kehilangan MH370 yang dikatakan sangat canggih tetapi secanggih mana pun masih ada kekurangannya.

Setiap hari bukak channel mana pun mesti ada cerita dan berita pasal MH370, setiap orang ingin tahu apa kesudahannya, di mana kapalterbang tu landing, dalam lautkah atau di pergunungankah?

Kalau ikutkan rasa hati memanag tak sabar nak tahu... semua orang macam tu, lebih-lebih lagi para keluarga yang terlibat.

Kalau setakat kemalangan sebuah Lori Sewa taklah menjadi isu sangat, tapi kalau sebuah kapalterbang dengan lebih dari dua ratus penumpang, dari berlainan negara pulak tu... memang isu besar.

Blog Lori Sewa nak mengingatkan diri sendiri, walu apapun terjadi kita harus bersabar, bersabar dan terus bersabar.

Macam-macamlah manusia ni... dalam keadaan kelam kabut orang cari jawapan, ramai yang cari kesempatan cari publisiti. Samapai ada yang bawa bubu dan teropong buluh untuk cari dengan cara mistik, yang peliknya tu ada pulak yang "teruja" dengan teknik ini.

Tapi kita dengar apakata Kapten Nordin ni, pakar penerbangan, orang yang pertama membawa balik pesawat 777 ke Malaysia pada tahun 2002.

Video dia kat sini ha...http://kelipkelip.com

Thursday, February 20, 2014

Aaaa cerita sikit la pasal kepentingan ada insurans Takaful

Salam sejahtera semua tuan punya lori sewa dan kepada semua pelanggan yang berada di mana sahaja.  Dalam blog lori sewa ni aku tak nak le skema sangat, jadi bahasa aku mungkin kasar sikit, atau lembut sangat, yang penting korang semua tak segan-segan semasa berada di blog ni.

Dan taklah segan sangat kalau nak sewa lori yang canteeek tu...  korang boleh call aje abang Rahim yang hensem tu, baik orangnya, friendly... dijamin oleh Lever Brothers!  hah teringat aku iklan ni kat radio masa aku kecik-kecik dulu.

Nak cerita kisah semalam, ke SI... ah tentu korang tertanya-tanya SI tu apa ye?  kalau masa aku kerja di tempat lama dulau bila cakap SI je, maksudnya Standing Instruction atau Arahan tetap, tapi maksud dalam blog ni, Seri Iskandar.

Bukan apa hantar Policy kat client.... chewwah.... kat tempat kerja lama sebut "customer" tapi dalam bisnes yang baru ni sebut "client" standard lah sikit.

Kat Seri Iskandar sekarang ni tengah membangun giler!!!... kalau sesiapa ada duit boleh beli tapak rumah kat sana.  Harga berpatutan buat masa sekarang.... itu kata client aku lah.

And akalau nak pindah ke sana jangan malu dan segan call Abang Rahim ye... 019-5136795

Pusing ke Ipoh, singgah kat used car.... kawan aku sorang ni dari dulu nak beli kereta.... tapi tak jadi-jadi.  Ada-ada saja yang tak kena... semalam dia usha Honda Civic.  Nak buat racing kot...  Kalau Honda Civic nak buat sewa tak sesuai sangatlah kan...

Cantik kan?... ini yang Honda Civic Hybrid Type, kereta yang teramat jimat minyak sebab boleh tukar-tukar dengan kuasa bateri.  Dunia dah berubah, kalau dulu orang tak percaya kereta boleh berjalan dengan kuasa bateri tapi sekarang dah banyak di atas jalanraya Malaysia.

Aku nak tunggu kereta guna kuasa solar pulak, baru nak beli....

Aaaa cerita sikit la pasal kepentingan ada insurans Takaful ni, lahir ke dunia, hidup sihat, sakit dan kemudian mati... adalah "kemestian".  

Dan sepanjang kehidupan rata-rata umat manusia akan sakit tak boleh elak, betul tak? Tapi yang jadi persoalannya ialah kos perubatan yang sentiasa meningkat!

Sekali rawatan perlukan dua tiga puluh ribu, kalau pasal sakit jantung boleh cecah RM60,000 lebih pun mungkin.  Adakah simpanan kita sebanyak itu untuk kos rawatan di saat kita sangat-sangat memerlukan?

Kalau pun ada simpanan sebanyak itu, sanggupkah kita leburkan (LEBUR ye bukan LABUR) jumlah sebanyak itu untuk mendapat rawatan terbaik, tercepat, terpakar dan macam-macam ter lagi.  Kalau dah sakit nak tunggu seminit pun tak larat....

So aku nak memperkenalkan...
klik gambar untuk lebih jelas

tak jelaskan?   tak pe just call nombor handphone kat flyer tu...










Tuesday, February 18, 2014

Nissan Vanette VS Proton Wira!

Dulu aku guna kereta, Sentra 1.6 best kereta mahal la katakan... tapi anak-anak dah besar  tak muat, nak beli Vellfire, Estima atau MVP tak mampu la kan...

Beli Vennate pun jadilah, macam-macam boleh bawak... baru-baru ni kami ke Penang, okey apa... drive lebih 500 km (termasuk pusing-pusing Penang) taklah letih sangat. Keluarga pun happy aje.

Dulu pergi Kelang tanya bangku belakang kat sana, ingatkan murah, tapi hampeh mahal nak mampos, walaupun Kelang tu tempat potong kereta, tapi kalau kita cari benda-benda macam ni memang dia orang potong kepala punya.

Kawan suggest cari kat Teluk Intan je.. depan pejabat JKR tu.... murah je aku dapat.  Tak sampai seribu pun.  Tapi biasalah bangku recond second hand, kena la cuci dulu. 

 Tapi ok what? tengok gambar bangku kat bawah ni, apa kata korang?
Nak tumpang ke? - SMS/CALL 019-5522961

Aku dah merasa drive Ke 20, Nissan Sunny ( kereta ni bikin aku sakit badan, kalau nak overtake tekan minyak sampai berdiri....haha, lembab.  Body keras beb! itu hari kena hentam dengan Proton Wira dari belakang, kemik sikit je bumper yang besarrrr tu... kesian aku tengok Proton tu, terbongkeh bonet dia.

Lepas tu beli Proton Wira 1.6 Automatik, best juga, enjin no hal... gear box pun no hal, tapi body le pulak berkudis buta seluruh badan, kalau jalan jauh...patah pinggang! tempat duduk terperuk...

Lepas tu gatal punggkuk sambak Perdana... jam tu rumours kata harga minyak nak melambung!... so jual pakai Kenari.

Waaa.. kereta kasut kata dema, ada yang kata peti ais, lantak koranglah, tapi memang best kereta ni, sumbat 6 orang, tambah kain baju dan barang-barang kat belakang tu, selamba je pusing-pusing kat Cameron Highland, panjat Gunung Brinchang lagi... berasap gak le klach!  Tapi pickup tetap maintain...

Lepas kenari, pakai Sentra pulak, kereta orang tua.... tapi memang best, selesa, ala-ala kereta mewah, cuma tak sporty je.... 

Anak-anak dah besar-besar pulak... kuat makan! terpaksalah korbankan keselesaan... 


Monday, September 23, 2013

Jika Anda Perlukan Perkhidmatan Pengangkutan Hubungi Nombor Di Bawah

Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan lori 4 tan untuk berpindah rumah atau pejabat. Perkhidmatan pengangkutan kami boleh juga digunakan untuk mengangkut barang-barang perniagaan seperti perabot kayu jati, mengangkut bot sepanjang 14 hingga 16 kaki dan sebagainya.

Hubungi En Rahim di 019-5136795

Perkhidmatan kami berpengkalan Teluk Intan dan bersedia menerima tempahan untuk menghantar barangan ke seluruh Semenanjung Malaysia.