Showing posts with label mencari rezeki. Show all posts
Showing posts with label mencari rezeki. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Lori Sewa : Menjemput VS Mencari Rezeki

Lori Sewa, mencari lori sewa? Yes!! inilah tempatnya, korang boleh kontek nombor di sebelah kanan, buat appointment dulu. kalau ada rezeki, adalah kalau tak ada rezeki, kena cari company lain.  Tak ada rezeki lah namanya tu.

Hakikat rezeki, kita tak tahu di mana dan bila akan tibanya.  Dulu saya pernah kehilangan kunci sewaktu solat Isyak di masjid.  Punyalah pening kepala mencari turun naik masjid sampai tok siak dah padam semua lampu dan pintu masjid pun dah ditutup.

Kunci masih tak jumpa lagi, tak ke pening kepala dibuatnya? Cuba ingatkan kalau-kalau ada terdengar bunyi kunci terjatuh tadi? tak ada.... peningkan?

Siap call orang rumah lagi suruh ambil, sebab motorsikal tak boleh start, tak ada kunci.  Nak sorong pun tak boleh hendle terkunci. "Tak ada rezeki"...kata hati,.. kena balik jalan kaki dan motorsikal tinggal di situ. Esok pagi baru panggil tukang kunci buat kunci baru... "tak ada rezeki..." kata hati...

Tetiba tangan tersentuh gulung kain dekat pusat, terasa benda tajam... terus teringat... "aku letak kunci dalam gulung kain rupanya". Hah selamat...

"Ingatan" juga rupa-rupanyan adalah rezeki... kalau tak ingat, alamat balik jalan kakilah jawabnya, walaupun kunci "duduk diam dekat pusat" tapi kalau tak ingat, takkan jumpa.

Apakah rahsianya saya boleh tersentuh kunci tu?... intighfar.... ya istighfar... dan istighfar, itulah yang saya lakukan. Tak payah cari pun... macam seolah-olah "menjemput kunci tu" sebab tadi saya dah jenuh cari tak jumpa-jumpa.

Tulah macam tajuk di atas menjemput rezeki VS mencari rezeki.  Kalau kita buat apa yang Allah suka, Insyallah tak payah susah-susah rezeki akan datang sendiri. Kalau dengan kudrat tulang empat kerat nak cari rezeki, maka berhempas pulaslah kita, rezeki belum tentu ada.






Lori Sewa: Tips Mudahnya Menjemput Rezeki

Lori Sewa nak bicara pasal rezeki hari ni, ramai di luar sana mengeluh kerana harga barang naik dan terus naik. Kehidupan semakin sempit, duit gaji yang diterima setiap hujung bulan tak mencukupi.

Mengeluh dan mengeluh sebenarnya tidak baik untuk diri kita, semakin kita mengeluh semakin susah hidup kita kerana Lori Sewa banyak mendengar orang bijak pandai berkata kaki tangan dan angota tubuh badan kita akan bekerja mengikut apa yang kita fikirkan.

Kalau kita selalu fikir malas, akan malaslah kita, kalau selalu fikir susah akan susahlah jadinya, kalau selalu fikir mudah akan mudahlah segalanya.

Begitu juga tentang rezeki kalau kita asyik mengeluh "rezeki sempit" akan sempitlah jadinya.

Lori Sewa tertarik dengan buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin yang memberikan terlalu banyak ilmu dan tip Menjemput Rezeki.

Barulah Lori Sewa faham, mencari rezeki sangat jauh bezanya dengan MENJEMPUT REZEKI...kalau nak tahu belilah buku ni, hanya RM18 sahaja sebuah.

Membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini sangat menarik bermula dari bahagian Pengenalannya lagi yang menceritakan pengalaman sebenar penulis dalam kesusahan semasa berada di alam pengangguran.

Ada banyak strategi menjemput rezeki yang ditulis oleh saudara Fathuri amtara yang paling menarik dan yang saya amalkan ialah Strategi Menjemput Rezeki Solat Hajat.

Strategi menjemput Rezeki Solat Hajat terbahagi kepada dua:

1. Solat hajat khusus untuk perlindungan diri dari kejahatan manusia, binatang dan makhluk-makhluk lain, khaifiatnya seperti berikut:

Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali dan surah al-Falaq sebanyak 7 kali

Pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah sekali, surah al-Baqrah ayat 285 hingga 286 sekali dan surah an-Nas sekali

2. Solat hajat khusus untuk memburu impian (hajat tertentu) termasuklah Menjemput Rezeki, caranya:

Pada rakaat pertama membaca surah al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali dan surah al-Kafirun 7 kali

Pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah sekali, surah al-Baqarah ayat 285 hingga 286 sekali dan surah al-Ikhlas 7 kali


 Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali". (285)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(286)idleikhwan.blogspot.com