Wednesday, October 1, 2014

Lori Sewa Kuning Pengangkutan Dari Shah Alam Ke Seri Manjung

Seawal jam 7 pagi kami bergerak ke Shah Alam, memenuhi permintaan seorang sahabat yang memerlukan khidmat pengangkutan lori sewa kami yang akan berpindah ke Seri Manjung.

Selamat menjadi warga Perak...

Lori Sewa Kuning di bahagian depan bersulam biru... membelah kegelapan pagi... chewah...macam novel cintan  le pulak!

Tiga orang crew, termasuk Abang Rahim yang jadi pilot pagi ni.  Apa-apa hal, untuk tanya harga sewaan, atau untuk sewa lori sekali pun tanyalah dengan dia, di 019-513 6795 sebab dia yang pakar dan master dalam bidang pengangkutan ni.

Aku tukang tulis saja....

Kalau pasal blogging bolehlah tanya pada aku, aku boleh buatkan blog untuk korang... tapi bukan guna blogspot atau Blogger.com, kita guna Wordpress dengan hosting sendiri.  Hosting sendiri, maksudnya berbayarlah.

Tapi banyak kelebihannya, lebih mudah nak mesra SEO.... nak tahu apa SEO whatsapp aku (boleh bagi tutorial sampai jadi)... maknanya, blog korang lebih mudah dijumpai oleh pelanggan.

Ah.. dah melalut, perjalanan lori sewa warna kuning melalui, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, terus ke Tanjung Karang, lepas tu aku tak ingat masuk lorong mana tembus ke Lebuhraya LATAR yang agak sunyi, kemudian keluar entah di mana, tembus ke Sungai Buloh, dan masuk ke highway Guthire.

Kemudian kami terus saja sampai ke Apartment yang berkenaan, menggunakan khidmat Waze. Senang sekarang ni semuanya di hujung jari.

Masuk ke dalam rumah... wow!... dalam hati tertanya-tanya... muat ke ni?  Tapi buat saja kerja..., ikut arahan abang Rahim 019-513 6795, sebab dia bos. Pandai-pandailah dia susun bagi muat.

Banyak juga barangnya... Dengan bantuan sanak saudara client, akhirnya semua barang dibawa turun dengan lift khas, tugas susun atur barang ke dalam Lori Sewa Kuning, kami serahkan kepada yang pakar, kami hanya angkat ikut arahan saja.

Setelah habis semua barang di susun dengan begitu rapi, Woo...masih banyak ruang kosong lagi, beberapa kali aku tanya pada client, masih ada lagi ke barang yang nak dibawa?  jawapannya dah habis.... lega....

Antara barang yang diangkut.

Berhenti solat dan rehat di masjid baru Jerman....opss..Jeram!

Lori Sewa Kuning teruskan perjalanan


Kalau nak cerita pasal perjalanan Lori Sewa Kuning ni, memang panjang. Nak cerita seamasa kami sampai di apartment tu, client dah nampak dari jauh, senang nak cam kerana warnanya yang attracted.

Panjang dah ni.. nanti pakcik Google marah, tulis panjang-panjang.  Kerja siap lebih kurang jam 6 petang dan lori sewa kuning bergerak pulang ke Teluk Intan, dengan hati yang gembira kerana dapat menolong orang yang memerlukan khidmat pengangkutan kami.

Bayangkan jika tak ada perkhidmatan lori sewa....kalau guna kereta, berapa kali agak-agaknya nak berulang alik dari Shaha Alam ke Seri Manjung.

Apa-apa pun selamat berkenalan kepada semua pelanggan yang budiman... kalau nak perkhidmatan pengangkutan lori sewa, call abang Rahim di 019- 513 6795.




No comments :

Post a Comment