Showing posts with label lori sewa kuning. Show all posts
Showing posts with label lori sewa kuning. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Perkhidmatan Pengangkutan Melalui Kawasan Banjir

Salam sejahtera, anda semua yan g membaca bloh Blog Lori Sewa a.k.a Lori Sewa Kuning. Beberapa hari lepas kami dapat membantu seorang wanita berpindah rumah ke Teluk Intan.

Perjalanan melalui kawasan sawah yang terbentang, cantik sekali.  Kebetulan musim cuti sekolah, dan sawah padi sedang menguning, tunggu untuk dituai.

Dari jauh kami nampak pasangan pengantin sedang posing untuk bergambar dengan pemandangan yang sangat menarik sawah padi yang sayup mata memandang.

Bijak juru gambar memilih lokasi...

Sebelah tengah hari kami melintasi kawsan sawah padi tu, dan sebelah petang sekali lagi kami melintasi kawasan yang sama.

Tapi kali ini agak lain sikit, air banjir mula naik memenuhi parit-parit di sekitar kawasan yang tadinya cantik meguning.

Sebenarnya kawasan ini dah mula dinaiki air awal minggu lepas, tetapi tidak teruk sangat seperti sekarang.

Walaupun kami melintasi kawasan ini pada sebelah malam, te[pi masih jelas kelihatan paras air memenuhi kawasan laman rumah dan sesetengah tempat air mula memasuki dalam rumah.

Rasa hati inigin menolong, tapi kami terpaksa memenuhi tanggungjawab memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan dan memastikannya sampai ke destinasi dengan selamat.

Buat masa ini kami hanya mampu melihat paras air yang semakin menengelami beberapa kawasan yang rendah yang mengikut maklumat berpunca dari ban yang pecah.



Kereta polis dan pasukan penyelamat yang mengawasi kawasan banjir.

Thursday, October 9, 2014

Lori Sewa Kuning Dapat Call Lagi...

Lori Sewa Kuning dapat call lagi kali ini orang nak khidmat pengangkutan lori sewa murah ke Alor Star. (tak semestinya destinasi sebenar k...) 

Betul... jika korang nak senang dapatkan khidmat pengangkutan lori sewa, Google saja perkataan Lori Sewa Kuning.  Insyallah akan jumpa dengan blog lori sewa ni. Than telefon pada contact person yang tertera.  Thats all....

Sebetulnya bukan Lori Sewa Kuning atau Lori Sewa Murah ke apa ke yang dapat call... tapi admin blog ni yang kena pelawa dek tuan punya Lori Sewa Murah tu... nak ke Alor Star katanya.

Teman ikut aje... seronok juga dapat jalan jauh-jauh menumpang Lori Sewa Kuning ni...glamour koooo!!!  Selama ari ni dok memerap di rumah macam katak di bawah tempurung...

Perjalanan kali ini teman lebih bersedia lagi dengan kamera super snap shot!!  haha.. ada ke kemera yang yang macam tu??  Adaaa... macam-macam ada cuma kita yang tak reti nak guna.  betul tak.

Tu pasal ambil gambar tak pernah cantik... tak kena teknik, tak kena gaya.  Kalau pandai, ambil gambar orang tengah bertenggong nak beraxxx pun cantik!

Yang dah beli kamera DSLR harga beribu-ribu tapi dok berhabuk, sekali pun tak pernah snap, sebab tangan keras kaku tak reti satu apa benda pun, ni teman nak bagi tau, eloklah belajar dengan yang pakar.

Tak payah pergi kelas, dia ada buat ebook dan video yang ajar satu persatu cara-cara tangkap gambar yang betul... Tu klik je kat kamera super snap shot warna biru kat atas tu... korang bacalah sendiri.

Oit... ini blog lori sewa ke blog tukang tangkap gambar?? Ah... macam-macam boleh, angkut barang orang pindah dengan lori sewa boleh, tangkap gambar orang kawin dengan kamera DSLR boleh, jual Ice Blended boleh,



Opss.. dah lebih ni, nantikan cerita perjalanan Lori Sewa Kuning ke Alor Star tak lama lagi.  

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan budiman yang dah buat panggilan, yang belum buat panggilan dan yang bercadang buat panggilan.

Sokongan anda sangat kami hargai, harap sebar-sebarkan laman bloglorisewa.blogspot.com ni pada kengkawan. 

"Happy reading" entri Lori Sewa Kuning Dapat Call Lagi.... :-)


Wednesday, October 1, 2014

Lori Sewa Kuning Pengangkutan Dari Shah Alam Ke Seri Manjung

Seawal jam 7 pagi kami bergerak ke Shah Alam, memenuhi permintaan seorang sahabat yang memerlukan khidmat pengangkutan lori sewa kami yang akan berpindah ke Seri Manjung.

Selamat menjadi warga Perak...

Lori Sewa Kuning di bahagian depan bersulam biru... membelah kegelapan pagi... chewah...macam novel cintan  le pulak!

Tiga orang crew, termasuk Abang Rahim yang jadi pilot pagi ni.  Apa-apa hal, untuk tanya harga sewaan, atau untuk sewa lori sekali pun tanyalah dengan dia, di 019-513 6795 sebab dia yang pakar dan master dalam bidang pengangkutan ni.

Aku tukang tulis saja....

Kalau pasal blogging bolehlah tanya pada aku, aku boleh buatkan blog untuk korang... tapi bukan guna blogspot atau Blogger.com, kita guna Wordpress dengan hosting sendiri.  Hosting sendiri, maksudnya berbayarlah.

Tapi banyak kelebihannya, lebih mudah nak mesra SEO.... nak tahu apa SEO whatsapp aku (boleh bagi tutorial sampai jadi)... maknanya, blog korang lebih mudah dijumpai oleh pelanggan.

Ah.. dah melalut, perjalanan lori sewa warna kuning melalui, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, terus ke Tanjung Karang, lepas tu aku tak ingat masuk lorong mana tembus ke Lebuhraya LATAR yang agak sunyi, kemudian keluar entah di mana, tembus ke Sungai Buloh, dan masuk ke highway Guthire.

Kemudian kami terus saja sampai ke Apartment yang berkenaan, menggunakan khidmat Waze. Senang sekarang ni semuanya di hujung jari.

Masuk ke dalam rumah... wow!... dalam hati tertanya-tanya... muat ke ni?  Tapi buat saja kerja..., ikut arahan abang Rahim 019-513 6795, sebab dia bos. Pandai-pandailah dia susun bagi muat.

Banyak juga barangnya... Dengan bantuan sanak saudara client, akhirnya semua barang dibawa turun dengan lift khas, tugas susun atur barang ke dalam Lori Sewa Kuning, kami serahkan kepada yang pakar, kami hanya angkat ikut arahan saja.

Setelah habis semua barang di susun dengan begitu rapi, Woo...masih banyak ruang kosong lagi, beberapa kali aku tanya pada client, masih ada lagi ke barang yang nak dibawa?  jawapannya dah habis.... lega....

Antara barang yang diangkut.

Berhenti solat dan rehat di masjid baru Jerman....opss..Jeram!

Lori Sewa Kuning teruskan perjalanan


Kalau nak cerita pasal perjalanan Lori Sewa Kuning ni, memang panjang. Nak cerita seamasa kami sampai di apartment tu, client dah nampak dari jauh, senang nak cam kerana warnanya yang attracted.

Panjang dah ni.. nanti pakcik Google marah, tulis panjang-panjang.  Kerja siap lebih kurang jam 6 petang dan lori sewa kuning bergerak pulang ke Teluk Intan, dengan hati yang gembira kerana dapat menolong orang yang memerlukan khidmat pengangkutan kami.

Bayangkan jika tak ada perkhidmatan lori sewa....kalau guna kereta, berapa kali agak-agaknya nak berulang alik dari Shaha Alam ke Seri Manjung.

Apa-apa pun selamat berkenalan kepada semua pelanggan yang budiman... kalau nak perkhidmatan pengangkutan lori sewa, call abang Rahim di 019- 513 6795.