Saturday, March 22, 2014

Pengalaman Pahit Ditipu Pemilik Lori Sewa

Perkara paling sukar dalam perkhidmatan sewa lori kalau tak berpengalaman ialah menetapkan harga.  Kalau letak terlalu murah al rugilah jawabnya, kalau letak terlalu mahal lagilah rugi juga sebab tak ada orang yang mahu sewa lori tu walau secantik dan secanggih mana pun.

Sebagai pemberi perkhidmatan, semua kos perlu dikira terutamanya kos minyak.  Tetapi ramai yang tak tahu, dalam perniagaan sewa lori ni terlalu banyak kos yang perlu ditanggung.  Sebab tu mereka nak semurah mungkin.

Selain dari kos pada lori, upah pekerja dan upah diri sendiri perlu juga dikira, nak makan nak minum jugak, betul tak? Tambahan kalau mengambil upah mengangkut dari rumah pangsa di tingkat lima.  Biasanya tak ada lift kenalah "merangkak" turun dengan beban yang sangat berat.

Sebagai orang yang memerlukan perkhidmatan pula kenalah berhati-hati, ada juga di kalangan tuan punya lori yang kenakan caj yang bukan-bukan, dan ada juga yang tak menyediakan pekerja, jadi kenalah tuan rumah angkut sendiri barang mereka masuk lori. 

Jadi sebelum membuat tempahan atau membuat bayaran tanya dulu betul-betul yang lebih baik kalau kita dah kenal dengan tuan punya lori. Bukan apa takut juga terjadi macam yang menimpa puan Lynnda ni, last last kena angkut sendiri dengan kereta Myvi dia, duit RM180 dah lesap.

http://roslinda83.blogspot.com

Ini pengalaman pahit yang mungkin membuatkan kak Lynnda serik nak sewa lori dan mungkin akan membuatkan persepsinya kepada semua tuan punya lori sewa berperangai demikian.

So, ada yang respond pada kak Lynnda yang pada pendapat saya dah berpengalaman luas dalam industri sewa lori ni...

Nak terus terang sebut dengan jelas kadar sewa lori 3 tan untuk local area hanya RM250.  So kalau anda salah seorang yang tercari-cari lori untuk disewa hubungi sahaja Abang Rahim 019-5136 795 dan Insyallah Abang Rahim sendiri jawab dan dia sendiri akan buat kerja, bukan 1 Malaysia eeek...











2 comments :

  1. bagi orang biasa urusan pindah rumah memang jarang, tu yang kena rujuk orang yang dah biasa atau kenal. terima kaish perkongsiannya ni.

    ReplyDelete
  2. aik...saya punya nama ada kat blog encik. hahaha...tq2... saje jer survey2 tengok persepsi pasaran. tu yang kena betulkan. BTW tumpang iklan
    http://www.lorisewa.officialsite.my

    HEHE

    ReplyDelete