Showing posts with label kereta sewa. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Aaaa cerita sikit la pasal kepentingan ada insurans Takaful

Salam sejahtera semua tuan punya lori sewa dan kepada semua pelanggan yang berada di mana sahaja.  Dalam blog lori sewa ni aku tak nak le skema sangat, jadi bahasa aku mungkin kasar sikit, atau lembut sangat, yang penting korang semua tak segan-segan semasa berada di blog ni.

Dan taklah segan sangat kalau nak sewa lori yang canteeek tu...  korang boleh call aje abang Rahim yang hensem tu, baik orangnya, friendly... dijamin oleh Lever Brothers!  hah teringat aku iklan ni kat radio masa aku kecik-kecik dulu.

Nak cerita kisah semalam, ke SI... ah tentu korang tertanya-tanya SI tu apa ye?  kalau masa aku kerja di tempat lama dulau bila cakap SI je, maksudnya Standing Instruction atau Arahan tetap, tapi maksud dalam blog ni, Seri Iskandar.

Bukan apa hantar Policy kat client.... chewwah.... kat tempat kerja lama sebut "customer" tapi dalam bisnes yang baru ni sebut "client" standard lah sikit.

Kat Seri Iskandar sekarang ni tengah membangun giler!!!... kalau sesiapa ada duit boleh beli tapak rumah kat sana.  Harga berpatutan buat masa sekarang.... itu kata client aku lah.

And akalau nak pindah ke sana jangan malu dan segan call Abang Rahim ye... 019-5136795

Pusing ke Ipoh, singgah kat used car.... kawan aku sorang ni dari dulu nak beli kereta.... tapi tak jadi-jadi.  Ada-ada saja yang tak kena... semalam dia usha Honda Civic.  Nak buat racing kot...  Kalau Honda Civic nak buat sewa tak sesuai sangatlah kan...

Cantik kan?... ini yang Honda Civic Hybrid Type, kereta yang teramat jimat minyak sebab boleh tukar-tukar dengan kuasa bateri.  Dunia dah berubah, kalau dulu orang tak percaya kereta boleh berjalan dengan kuasa bateri tapi sekarang dah banyak di atas jalanraya Malaysia.

Aku nak tunggu kereta guna kuasa solar pulak, baru nak beli....

Aaaa cerita sikit la pasal kepentingan ada insurans Takaful ni, lahir ke dunia, hidup sihat, sakit dan kemudian mati... adalah "kemestian".  

Dan sepanjang kehidupan rata-rata umat manusia akan sakit tak boleh elak, betul tak? Tapi yang jadi persoalannya ialah kos perubatan yang sentiasa meningkat!

Sekali rawatan perlukan dua tiga puluh ribu, kalau pasal sakit jantung boleh cecah RM60,000 lebih pun mungkin.  Adakah simpanan kita sebanyak itu untuk kos rawatan di saat kita sangat-sangat memerlukan?

Kalau pun ada simpanan sebanyak itu, sanggupkah kita leburkan (LEBUR ye bukan LABUR) jumlah sebanyak itu untuk mendapat rawatan terbaik, tercepat, terpakar dan macam-macam ter lagi.  Kalau dah sakit nak tunggu seminit pun tak larat....

So aku nak memperkenalkan...
klik gambar untuk lebih jelas

tak jelaskan?   tak pe just call nombor handphone kat flyer tu...










Tuesday, February 18, 2014

Nissan Vanette VS Proton Wira!

Dulu aku guna kereta, Sentra 1.6 best kereta mahal la katakan... tapi anak-anak dah besar  tak muat, nak beli Vellfire, Estima atau MVP tak mampu la kan...

Beli Vennate pun jadilah, macam-macam boleh bawak... baru-baru ni kami ke Penang, okey apa... drive lebih 500 km (termasuk pusing-pusing Penang) taklah letih sangat. Keluarga pun happy aje.

Dulu pergi Kelang tanya bangku belakang kat sana, ingatkan murah, tapi hampeh mahal nak mampos, walaupun Kelang tu tempat potong kereta, tapi kalau kita cari benda-benda macam ni memang dia orang potong kepala punya.

Kawan suggest cari kat Teluk Intan je.. depan pejabat JKR tu.... murah je aku dapat.  Tak sampai seribu pun.  Tapi biasalah bangku recond second hand, kena la cuci dulu. 

 Tapi ok what? tengok gambar bangku kat bawah ni, apa kata korang?
Nak tumpang ke? - SMS/CALL 019-5522961

Aku dah merasa drive Ke 20, Nissan Sunny ( kereta ni bikin aku sakit badan, kalau nak overtake tekan minyak sampai berdiri....haha, lembab.  Body keras beb! itu hari kena hentam dengan Proton Wira dari belakang, kemik sikit je bumper yang besarrrr tu... kesian aku tengok Proton tu, terbongkeh bonet dia.

Lepas tu beli Proton Wira 1.6 Automatik, best juga, enjin no hal... gear box pun no hal, tapi body le pulak berkudis buta seluruh badan, kalau jalan jauh...patah pinggang! tempat duduk terperuk...

Lepas tu gatal punggkuk sambak Perdana... jam tu rumours kata harga minyak nak melambung!... so jual pakai Kenari.

Waaa.. kereta kasut kata dema, ada yang kata peti ais, lantak koranglah, tapi memang best kereta ni, sumbat 6 orang, tambah kain baju dan barang-barang kat belakang tu, selamba je pusing-pusing kat Cameron Highland, panjat Gunung Brinchang lagi... berasap gak le klach!  Tapi pickup tetap maintain...

Lepas kenari, pakai Sentra pulak, kereta orang tua.... tapi memang best, selesa, ala-ala kereta mewah, cuma tak sporty je.... 

Anak-anak dah besar-besar pulak... kuat makan! terpaksalah korbankan keselesaan...