Sunday, March 23, 2014

Lori Sewa: Tips Mudahnya Menjemput Rezeki

Lori Sewa nak bicara pasal rezeki hari ni, ramai di luar sana mengeluh kerana harga barang naik dan terus naik. Kehidupan semakin sempit, duit gaji yang diterima setiap hujung bulan tak mencukupi.

Mengeluh dan mengeluh sebenarnya tidak baik untuk diri kita, semakin kita mengeluh semakin susah hidup kita kerana Lori Sewa banyak mendengar orang bijak pandai berkata kaki tangan dan angota tubuh badan kita akan bekerja mengikut apa yang kita fikirkan.

Kalau kita selalu fikir malas, akan malaslah kita, kalau selalu fikir susah akan susahlah jadinya, kalau selalu fikir mudah akan mudahlah segalanya.

Begitu juga tentang rezeki kalau kita asyik mengeluh "rezeki sempit" akan sempitlah jadinya.

Lori Sewa tertarik dengan buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin yang memberikan terlalu banyak ilmu dan tip Menjemput Rezeki.

Barulah Lori Sewa faham, mencari rezeki sangat jauh bezanya dengan MENJEMPUT REZEKI...kalau nak tahu belilah buku ni, hanya RM18 sahaja sebuah.

Membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini sangat menarik bermula dari bahagian Pengenalannya lagi yang menceritakan pengalaman sebenar penulis dalam kesusahan semasa berada di alam pengangguran.

Ada banyak strategi menjemput rezeki yang ditulis oleh saudara Fathuri amtara yang paling menarik dan yang saya amalkan ialah Strategi Menjemput Rezeki Solat Hajat.

Strategi menjemput Rezeki Solat Hajat terbahagi kepada dua:

1. Solat hajat khusus untuk perlindungan diri dari kejahatan manusia, binatang dan makhluk-makhluk lain, khaifiatnya seperti berikut:

Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali dan surah al-Falaq sebanyak 7 kali

Pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah sekali, surah al-Baqrah ayat 285 hingga 286 sekali dan surah an-Nas sekali

2. Solat hajat khusus untuk memburu impian (hajat tertentu) termasuklah Menjemput Rezeki, caranya:

Pada rakaat pertama membaca surah al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali dan surah al-Kafirun 7 kali

Pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah sekali, surah al-Baqarah ayat 285 hingga 286 sekali dan surah al-Ikhlas 7 kali


 Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali". (285)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(286)idleikhwan.blogspot.com




No comments :

Post a Comment